Monday, 12 October 2015

DUA 2012

              SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
KEJURUTERAAN GENETIK DALAM BIOTEKNOLOGI ANTARA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MENGIKUT PANDANGAN ISLAM DAN PERSPEKTIF SAINS



 NO.
                         NAMA
 NO.  KAD MATRIX
       KELAS
   1
MUHAMMAD SHAFIE BIN MUHAMAD @ IBRAHIM
02DKA14F2006
 DKA2B
   2
KAMARUL HAIZAD BIN ROSLI                                           
02DKA14F2046
DKA2B
   3
FAIRUS BIN RAZALLI                                      
02DKA14F2057
DKA2B
   4
HAZIQ FIZRIE BIN JOHAIDI                                                  
02DKA14F2070
DKA2B

NAMA PENSYARAH: ENCIK MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI


PENGHARGAAN
       
           Assalamualaikum,bersyukur saya kehadrat ilahi  dengan dilimpahkan rahmat kerana telah mengurniakan tenaga  kepada saya menyiapkan tugasan saya dengan jayanya.
          Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih pada pensyarah  tercinta saya kerana dengan tujuk ajar serta bimbingan daripadanya memberi peluang saya menyiapakn dengan jayanya.
        Seterusnya sya ngin mengucapkan terima kasish kepada ibu bapa saya kerana telah memberi saya dorongan serta semangat ntuk saya menyiapakan kerja ini. Penghargaan  ini sya ingin tujukan peda sahabat saya kerana telah banyak membantu serta memberi kerjasama dalam menyiapkan kerja ini.
        Selain itu, saya juga ingin menujukan penghargaan kepada semua yang terlibat tanpa mengharapkan  balasan dengan perolongan mereka.Akhir bicara saya harap kita memperoleh ilmu yang bermanafaat serta setiap apa yang kita kerjakan di redai ALLAH S.W.T.


KEJURUTERAAN GENETIK DALAM BIOTEKNOLOGI ANTARA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MENGIKUT PANDANGAN ISLAM DAN PERSPEKTIF SAINS
        
            Kejuruteraan genetik telah memberi banyak sumbangan dalam perkembangan teknologi terutama dalam bidang bioteknologi, perubatan dan pertanian. Penemuan langkah rawatan yang efektif, pembangunan farmaseutikal dan penemuan vaksin dalam bidang perubatan telah membuktikan kejuruteraan genetik mampu membantu manusia dalam kehidupan. Bidang pertanian pula mengaut keuntungan yang lumayan apabila hasil tanaman dan haiwan ternakan membuahkan hasil yang banyak. Peningkatan jumlah pengeluaran ini adalah hasil daripada tumbuhan transgenik, iaitu organisma diubah suai secara genetik (genetically modified organism (GMO)).
            Terdapat juga makanan yang diubah suai secara genetik (genetically modifed food (GMF)) dan ianya juga boleh meningkatkan tahap nutrisi sesuatu makanan, selain dari pengeluaran produk yang mudah dan meningkatkan hasil produk. Beberapa teknik yang terdapat dalam kejuruteraan genetik ini seperti penggabungan DNA.
            Potensi cerah bidang kejuruteraan genetik ini mendorong para saintis barat melakukukan kajian intensif dan mendalam tanpa memikirkan isu etika dan moralnya  mengenai kedudukan hukum dan aplikasi kejuruteraan genetik dalam kehidupan khususnya dalam masyarakat Islam. Memfokuskan kepada aplikasi kejuruteraan genetik menurut kaca mata maqasid syariah. Selain itu, turut dibincangkan perkara dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahli yang terlibat khususnya para saintis yang menceburi bidang ini.

            Umumnya, kejuruteraan genetik membawa maksud sebarang  teknologi pengubahsuaian genetik deoxyribonucleic acid (DNA) sesuatu organism. Ianya merangkumi pemindahan DNA yang berguna dalam sesuatu organisma ke dalam organism yang lain Kejuruteraan genetik bukanlah satu fenomena baru untuk diperkatakan. Kejayaan dalam bidang sains telah membuka ruang untuk penyelidik meneroka bidang ini.
            Sarjana Islam telah memberikan pelbagai reaksi terhadap isu kejuruteraan genetik ini ada yang memberi reaksi positif dan ada juga negatif. Namun begitu, setakat mana ianya perlu ditolak mahupun diterima perlu difikirkan. Hal ini kerana, kebanyakan saintis barat melakukan penyelidikan tanpa memikirkan perihal etika dan kesan jangka panjang yang akan terpaksa dihadapi oleh penduduk dunia. Islam telah meletakkan beberapa garis panduan dalam membicarakan tentang isu kejuruteraan genetik ini.
              Penggabungan semula DNA (DNA Recombinant) merupakan salah satu cabang bioteknologi moden yang termasuk dalam bidang kejuruteraan genetik. Proses ini membolehkan seseorang untuk memilih DNA yang menjadi ciri spesifik sesuatu organisma dan digabungkan dengan genom organisma lain.
             Proses ini juga membolehkan seseorang untuk memilih gen yang memberi ciri yang baik dan menyingkirkan gen yang membawa ciri tidak baik pada sesuatu organisma di samping membolehkan seseorang memindahkan gen daripada suatu kumpulan hidupan kepada hidupan yang lain seperti kumpulan haiwan lembu kepada kumpulan haiwan kambing.
              Semua bahan yang terhasil daripada proses ini diklasifikasikan sebagai bahan transgenik atau organisma genetik terubah atau lebih dikenali sebagai Genetically Modified Organism (GMO). Kaedah ini boleh diaplikasikan terhadap haiwan mahupun tumbuhan dan acap kali digunakan untuk memperbaiki mutu asal bahan tersebut.

           Ribuan tahun dahulu, petani mengamalkan pembiakan terpilih untuk menghasilkan tanaman yang berkualiti tinggi dan banyak. Hal ini dilakukan dengan memilih benih tumbuhan yang terbaik sahaja untuk diusahakan. Kaedah tradisional mula mengalami perubahan sejak tahun 1980-an yang mana para saintis mula menggunakan kejuruteraan genetik pada tumbuhan dan tanaman. Jurutera genetik mampu melakukan pembiakan terpilih jauh lebih baik daripada petani terdahulu dengan cara mengambil gen yang baik dari suatu spesies dan menggabungkannya dengan genom spesies lain untuk menghasilkan tanaman yang lebih bermutu tinggi. Tanaman-tanaman ini dikenali sebagai tanaman transgenik Contohnya, penghasilan tomato yang tahan lama, lambat lembik dan kekal segar (Fridell, 2006).
            Tanaman transgenik ini dihasilkan untuk meningkatkan hasil produktiviti pertanian dari dua sudut, kualiti dan kuantiti. Aplikasi penggabungan DNA ini membawa banyak manfaat seperti ciptaan tanaman baru yang mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap serangga perosak dan racun serangga perosak, memperbaharui nilai nutrisi dalam hasil tanaman dan makanan yang terhasil daripadanya dan berupaya hidup dalam kondisi berbeza. Penemuan ini sekali gus turut memberi keuntungan yang berlipat ganda kepada para petani .
            Teknik penggabungan semula DNA ini tidak terhad pada hasil tanaman sahaja, bahkan para penternak seperti penternak ikan keli turut mengaplikasikannya pada hasil ternakan mereka. Kajian oleh para saintis menunjukkan spesies ikan salmon dan ikan kap membesar setiap tahun. Daripada penemuan ini, saintis memasukkan gen pertumbuhan ini kepada spesies ikan keli supaya ia membesar sepanjang tahun. Hal ini membolehkan para penternak menghasilkan ikan lebih cepat dari biasa . 



KEBAIKAN  DAN KEBURUKAN KEJURUTERAAN GENETIK MENURUT ISLAM
         Sumbangan salah satu cabang kejuruteraan genetik ini dalam penambahbaikkan sektor pertanian dan sumber makanan tidak dapat dinafikan.Walau bagaimanapun, ramai pengguna, pencinta alam sekitar dan para saintis sendiri menyatakan bantahan mengenai kebimbangan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang produk penggabungan DNA ini terhadap tahap keselamatan makanan, kesihatan manusia dan alam sekitar.
          Dalam Islam, umatnya amat digalakkan untuk mencipta kemajuan untuk memudahkan kehidupan manusia keseluruhannya. Walaupun begitu, setiap teknologi yang dihasilkan mestilah bersandarkan undang-undang dan etika dalam Islam seperti yang digariskan dalam AlQuran dan Sunah. Berdasarkan hakikat ini, tindakan memindahkan dan menggabungkan DNA ini merupakan tindakan “seumpama Tuhan”. Perubahan dan kemajuan dalam bidang ini tidak dapat diterima oleh sebahagian ahli agama kerana mereka berpendapat ia seperti mencampuri urusan Tuhan .
          Di dalam Al-Quran, ditegaskan bahawa Allah SWT sahaja yang berkuasa mencipta dan mengawal segalanya di dunia ini. Semua ciptaan Allah ini merupakan tanda-tanda kewujudan dan kebesaran Allah SWT.
 Terjemahan: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tandatanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal. 
                                                                                                  (Ali‘Imran, 3: 190)  
        
          Kemajuan dalam kejuruteraan genetik ini membuatkan sesetengah orang mendakwa bahawa mereka mempunyai keupayaan memanipulasi benda hidup. Hakikat sebenar dalam Islam telah menegaskan bahawa manusia tidak mampu mencipta walau serangga sekecil lalat walaupun para saintis bekerjasama melakukannya. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya tanpa izin Allah SWT.
 Firman Allah SWT
( Terjemahan: Wahai umat manusia, Inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya Dengan bersungguh-sungguh. sebenarnya mereka Yang kamu seru dan sembah, Yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat Walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Keduaduanya lemah belaka), lemah Yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah Yang diminta (daripada menunaikannya).
                                                                                                    (Al-Hajj, 22: 73)

          Dari sudut lain, aplikasi penggabungan semula DNA ini mencetuskan kontroversi dalam kalangan umat Islam sendiri tentang sumber gen-gen yang dipindah dan digabungkan. Isu ini amat berkait rapat dengan isu halal haram sesuatu sumber makanan kerana kaedah ini semakin banyak digunakan dalam penghasilan makanan genetik terubah, Genetically Modified (GM) Food.
         Sumber ini diragui memandangkan ianya boleh diambil dari sumber haram seperti khinzir dan sebagainya. Amat sukar bagi ahli agama atau pihak yang berwajib bagi mengenal pasti sumber gen tanpa khidmat makmal yang canggih.
        

          Dalam Islam, kebimbangan utama tentang makanan GM ini ialah status halalnya yang menitikberatkan jenis gen yang dimasukkan, keseluruhan proses yang dilaksanakan dan kesan jangka masa pendek dan panjang konsumsi makanan Sebagai muslim, semua isi kandungan makanan perlu dipastikan status halal dan haramnya termasuklah dalam isu makanan GM ini.
         Sebarang unsur haram yang terdapat dalam makanan tersebut termasuklah gen akan menyebabkan ia haram untuk dimakan. Selain itu, Islam amat menitikberatkan penjagaan kesihatan.Tanpa kesihatan yang baik, manusia tidak mampu menunaikan kewajipan terhadap Allah SWT sebaik-baiknya.Makanan GM didakwa tidak mendatangkan kesan sampingan.
         Walaupun begitu, tiada bukti saintifik yang boleh mengesahkan dakwaan ini. Jadi makanan GM yang boleh memudaratkan kesihatan manusia tidak boleh dimakan dan perlu dikaji tahap keselamatannya terlebih dahulu sebelum dipasarkan.
Firman Allah SWT
( Terjemahan: Makanlah dari rezeki yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu dan janganlah melampaui batas yang menyebabkan kemurkaan-Ku menimpamu. Barangsiapa ditimpa kemurkaan-Ku maka sungguh binasalah dia.                                                               
                                                                                                      (Taha, 20: 81)

           Nilai dan kepentingan nyawa manusia penting dalam Islam dan selari dengan maqasid syariah yang menuntut manusia menjaga nyawa. Oleh itu, para saintis, pengusaha makanan dan pihak berwajib harus memastikan semua produk GM tidak membawa mudarat dan membahayakan kesihatan.
           Isu alam sekitar turut dibangkitkan sebagai salah satu mudarat dari aplikasi penggabungan semula DNA terutama dalam industri pertanian.
           Dalam hal ini, tanaman transgenik dikatakan mampu mengganggu keseimbangan alam semulajadi. Tanaman transgenik mempunyai daya tahan yang baik terhadap serangga perosak.
            Walau bagaimanapun, ini juga boleh membawa mudarat terhadap alam sekitar kerana tanaman transgenik mempunyai daya tahan yang tinggi dan berkemugkinan daya pertumbuhannya gagal untuk dikawal dan mengakibatkan pencemaran alam sekitar . Islam tidak menghalang sebarang kemajuan yang dilaksanakan umatnya dengan syarat kemajuan tersebut dilaksanakan dengan baik.
            Selain dari menikmati manfaat dari hidupan lain, semua sumber alam lain haruslah dijaga dan tidak dimusnahkan. Hal ini sepertimana firman Allah SWT:

Terjemahan: Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumu setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh harap.Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan.
                                                                                                          (Al-A’raf, 7: 56)
         “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu benar-benar menyembah hanya kepada-Nya.”                
                                                                                                 (al-Baqarah ayat: 172)
           Al Quran dan Sunnah memandang soal halal haram makanan ini sebagai suatu yang besar yang mana mampu memberi kesan terhadap kehidupan di dunia dan di akhirat. Menurut perkiraan Islam, soal halal haram makanan akhir yang diambil bergantung juga dengan persoalan asas bagaimana ia dihasilkan, dari mana ia dihasilkan dan siapa yang menghasilkannya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.”
                                                                                                    (al-Baqarah: 168).




KEBAIKAN  DAN KEBURUKAN KEJURUTERAAN GENETIK MENURUT  SAINS
           Bioteknologi merupakan satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai segi, misalnya dalam bidang pertanian, perubatan dan kualiti alam sekitar. Pada abad ke 21 ini bioteknologi memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti kehidupan, misalnya penggunaan cap jari DNA bagi mengesan penjenayah; penghasilan bahan ubatan seperti vaksin dari organisma diubahsuai bahan genetik (GMOs); terapi gen bagi mengubati penyakit yang diwarisi dan tumbuhan transgenik (GM) bagi sektor pertanian.
           Bioteknologi ialah proses di mana sel atau organisme (biologi) digunakan sebagai bahan asas dalam proses (teknologi) untuk menghasilkan sesuatu produk. Dalam erti kata lain bioteknologi merupakan kajian sains mengenai benda hidup dengan menggunakan teknik atau proses teknologi untuk meningkatkan penghasilan sumber hidupan dan penghasilan pelbagai produk lain.
            Bioteknologi terbit daripada dua unsur iaitu ‘biologi’ dan ‘teknologi’. Kamus Dewan mentakrifkan ‘biologi’ sebagai ilmu hayat atau benda-benda hidup. Sementara ‘teknologi’ itu pula bermakna ilmu pengetahuan mengenai segala ilmu yang berkaitan dengan perindustrian dan sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi.
           Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi: “Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus.”
            Dalam sejarah tamadun manusia terawal seperti Mesir dan Babylon dicatatkan bahawa masyarakat mereka telah menghasilkan minuman dan makanan seperti bir, roti dan keju.
           Namun pada masa itu, manusia tidak mengetahui bahawa proses untuk menghasilkan bahan-bahan tersebut merupakan suatu proses sains dipanggil bioteknologi.
          Apabila saintis seperti Meischer menemui DNA dalam nukleus sel dan James D. Watson serta Francis Crick (1953) mencadangkan bahawa DNA berbentuk heliks ganda dua, bidang bioteknologi telah berkembang dengan pesat.
           Sebelum 1970-an, istilah bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri pemprosesan makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh badan saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi, seperti pengabungan semula DNA atau proses berasaskan penkulturan tisu. Malah istilah ini boleh digunakan dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan keseluruhan kaedah, yang silam atau moden, bagi memanipulasi organik bagi memenuhi kehendak manusia.
             Bioteknologi terus mempengaruhi kehidupan manusia sejak dulu tanpa mengira agama, warna kulit dan cara hidup seseorang. Sama ada disedari atau tidak, kita telahpun menjadi pengguna kepada hasil bioteknologi itu. Terdapat 5,000 syarikat di seluruh dunia yang berasaskan bioteknologi dengan nilai pasaran mencecah RM2.8 trilion.
            Justeru, menyedari kepentingan bioteknologi dalam pembangunan dunia sejagat, kerajaan Malaysia telah meletakkan bidang ini sebagai salah satu bidang berkepentingan untuk dimajukan dalam Pelan Rancangan Malaysia ke-8.
            Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 28 April 2005 telah melancarkan Dasar Bioteknologi Negara yang menggariskan sembilan teras utama dalam membangunkan bidang bioteknologi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru.
            Kerajaan telah memperuntukkan RM4 billion untuk pembangunan bioteknologi manakala sektor awam dan swasta pula dijangka melabur sebanyak RM30 billion. Ini akan membuka ruang kepada bioteknologi menjadi antara penyumbang terbesar pendapatan negara.
         

             Kerajaan juga telah meletakkan sasaran sumbangan sebanyak 2.5 peratus daripada industri bioteknologi kepada keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2010. Sumbangan industri bioteknologi kepada KDNK juga dijangka meningkat kepada empat peratus menjelang 2015 dan lima peratus pada 2020.
            Sejajar dengan itu, kerajaan akan membangunkan Bionexus Malaysia iaitu rangkaian pusat kecemerlangan terdiri daripada institusi terbaik dalam negara yang menawarkan subsektor khusus bioteknologi dengan permulaannya akan tertumpu kepada tiga pusat kecemerlangan iaitu bioteknologi pertanian di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan Universiti Putra Malaysia (UPM); genomik dan biologi molekular di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), manakala pusat kecemerlangan bidang farmaseutikal dan nutraseutikal akan dibina di tapak asal Lembah Bio di Dengkil.



Teras-teras yang digariskan dalam Dasar Bioteknologi Negara ialah:

•Pembangunan Bioteknologi Pertanian – merubah dan memperluaskan nilai penciptaan dalam sektor pertanian melalui bioteknologi.
• Penubuhan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC) yang berada di bawah seliaan Majlis Pelaksanaan Dasar yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. MBC diletakkan sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
• Pembangunan Bioteknologi dan Penjagaan Kesihatan – Menggunakan kelebihan biodiversiti negara dengan melakukan penemuan komersial dalam pembangunan produk-produk asli, termasuk meletakkan Malaysia dalam peta pasaran bi-generik.
• Pembangunan Bioteknologi Perindustrian – Memastikan pertumbuhan peluang-peluang dalam aplikasi pemprosesan bio-termaju dan teknologi bio-pembuatan.
• Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan pengambilalihan teknologi – Menubuhkan pusat kecemerlangan, dalam institusi sedia ada atau baru dengan mengadakan kerjasama antara kumpulan penyelidikan pelbagai bidang.
• Pembangunan sumber tenaga – Membina kemampuan sumber tenaga bioteknologi negara bagi memenuhi keperluan pasaran melalui pelbagai skim khas, program dan latihan.
• Pembangunan prasarana kewangan – Menawarkan dana ‘makmal ke pasaran’ yang kompetitif dan insentif untuk menggalakkan penglibatan ahli akademik, sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
• Pembangunan kerangka kerja peraturan dan perundangan – Mewujudkan persekitaran kondusif melalui penyemakan kerangka kerja prosedur dan perundangan secara berterusan selaras dengan standard dan amalan global. Membangunkan regim perlindungan harta intelek yang mampu menyokong aktiviti R&D dan pengkomersialan.
•Kedudukan strategik – mewujudkan strategi pemasaran global untuk membina jenama bioteknologi Malaysia yang diiktiraf.


            Jika rancangan ini berjaya, industri bioteknologi negara dijangka mampu mewujudkan 280,000 peluang pekerjaan menjelang 2020 selain meningkatkan imej pertanian negara sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama yang tinggal di luar bandar.
            Walaupun demikian, bioteknologi ini masih lagi perlu diperhalusi terutamanya dari segi status halal haram dan kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusiawi dan alam. Menerusi kajian para saintis, bioteknologi ini masih terdapat kekurangan yang mampu membawa padah kepada manusia dan alam.
           Teknologi baru yang radikal yang memecahkan sempadan genetik ini bukan sahaja antara spesis tetapi juga antara manusia, haiwan dan tumbuhan mendatangkan risiko serius serta ibarat meletakkan manusia sebagai ‘tikus makmal’.
            Menurut pakar, keselamatan proses ujikaji kajian akan sentiasa berada dihujung tanduk kerana kesilapan yang berlaku tidak akan dapat ditarik balik daripada alam dan kesannya akan merebak tanpa sempadan. Tidak seperti kajian dan ujikaji kimia dan nuklear, ‘pencemaran genetik’ tidak dapat dibersihkan. Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan bersambung antara generasi ke generasi (Mohideen Abdul Kader, A guide to Genetically-modified Foods in Malaysia).
           Edwin Chargoff, seringkali dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul, pernah menyatakan bahawa pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat “Suatu eksperimen yang paling besar dan berbahaya di dalam sejarah manusia.” Beliau mengibaratkan pengubahsuaian ini sebagai ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear.




           Pada tahun 1998, Dr. Arpad Pusztai, seorang saintis British telah mempelopori kajian mengenai kesan makanan yang mengalami pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi haiwan dan alam telah mendapati bahawa ia memberikan kesan negatif terhadap usus, badan,tahap metabolisma dan sistem imunisasi tikus yang diuji.
           Kajiannya melibatkan ubi kentang GM yang diberikan kepada tikus bagi diperhatikan kesan perubahan pada fisiologi, terutamanya usus, proses metabolisma dan sistem imunisasinya. Kajian mendapati saiz beberapa organ tikus telah mengecil termasuk otak dan sistem imunisasi melawan penyakitnya bertambah lemah. Akibat daripada hasil dapatannya itu, Pusztai telah disingkirkan dan dipaksa bersara daripada pasukan ujikajinya di Rowett Tesearch Institute selepas melahirkan kegusarannya kepada media.
           Antara ancaman makanan (GM) ini adalah alahan, kadar toksid, daya tahan antibiotik meningkat dan kesan-kesan sampingan luar jangkaan lain. Mengubahsuai struktur genetik suatu makanan juga boleh mewujudkan toksin pembunuh yang pada asalnya adalah selamat bagi tubuh badan.
         Bakteria yang telah mengalami kejuruteraan genetik (GE) bagi tujuan menghasilkan makanan tambahan dalam kuantiti besar, L-tryptophan, telah menghasilkan toksik yang membunuh lebih 30 orang dan mencacatkan lebih 5,000 orang di Amerika Syarikat sebelum ditarik balik dan diharamkan penghasilannya oleh Food and Drug Administration (FDA).
         Kajian yang dijalankan oleh Michigan State University juga mendapati tanaman yang melalui proses GM dan GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya menyerang spesis tumbuhan dan hidupan lain.
          Selain kesannya terhadap kesihatan dan alam, makanan yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi ini juga tidak terlepas daripada isu halal haramnya. 


LAMPIRAN





 KESIMPULAN

           Kesimpulannya,kejuruteraan genetik memainkan  peranan dalam  pelbagai bidang  kerana  banyak yang ambil jalan mudah dengan pelbagai cara. Contohnya  mengabungkan sesuatu DNA untuk memperoleh hasil atau keuntungan dalam jangka masa yang pendek,tetapi keburukannya memberi kesan jangka masa panjang.
           Walaubagaimana pun ,ramai yang tidak sedar bahawa pengabungan  genetik membawa kepada pemusnah ekosistem alam.Saya  merasakan kejuruteraan genetik ini banyak keburukan dari pada kebaikan.

          Wal hal ini kerana banyak menganggu  perkembangan alam semula jadi .Jadi bagi saya  ,saya tidak setuju kerana kebanyakkan pengabungan genetik  semata-mata untuk kepentigan sendiri serta mempertikaikan ciptaan tuhan.



RUJUKAN
Ø  Buku ilmiah
Ø  Buku Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam